hubungi Butterfingers? /contact Butterfingers?

  • contact@butterfingers.com.my, penerbitanbutterworld@yahoo.com

Selasa, Oktober 02, 2007

"Aku Bebas"

Setelah hampir satu setengah bulan meninggalkan studio rakaman,dan tinggal 9 hari je puasa, album Butterfingers yg kononnya akan dinamakan Kembali akan masuk kefasa seterusnya iaitu proses editing yg akan dilakukan oleh numlock.
Ada 10 lagu yg kami rakam semuanya dibantu oleh beberapa celebriti veteran terkenal iaitu Pak Kassim Masdor(very wellknown musician from Singapore during Ahmad Nawab era,,zaman P.Ramlee beliau masih muda lagi kot), enginereed by Reza and Momox(caya!!). Penghargaan dan ribuan terima kasih kepada keluarga yg memberikan sokongan,,parents Loque+ayu yg datang melihat proses rakaman lagu sambil membawa kuih tradisional( especially kuih bahulu sedap gilerr.!),,bos dan kawan2 ofis yg suka sgt kat lagu "Nyilu' dan semua individual yg terlibat dlm proses rakaman.
Album kesinambungan dari STD ini secara draft dah pun agak layan,,tapi kita tunggulah final outcomenye bila dah mixing,,master gerenti ada hasil yg superb! hopefully.
Dalam semua lagu yg ada kat tangan aku skrg,,lagu yg paling tgh layan ialah'Bebas'..tiap2 hari pasang kat office,, dah ada jugak teman2 tumpang suka dan tak sabar nak dengar lagu2 yg lain.
Bagi aku..lagu ni kool sebab dia major key,,vybe dia represent seorang yg ada kebebasan,flow dia just nice, ada modulation kat hujung lagu tanda bulu roma bertambah remang,vocal dan lyricsnya yg sangat marri!!(kalau istilah loQue tak salah aku padu!!)lyrics senang nak hafal..ayat ayat ilmiah dan bahasa pasaran yg boleh dijumpai kat dlm tv,blkg buku latihan sekolah rendah,,kelas muzik primary,,mana2 je yg ada simbol kenegaraan.
Sampai aku sendiri nak menambahkan lagi suara kebebasan itu dengan sebuah sajak kemerdekaan aku tujukan kepada semua dikala petang selasa yg agak mengantuk.


aku bebas....
aku bebas....
aku bebas dari penjajah British dan omputih
akulah.....kunta kinte.

aku bebas...
aku bebas...
aku bebas melayari,,terbang diawan tinggi,,walau kemana aku pergi...
Malaysia tetap dihati.

aku bebas....
aku bebas....
walaupun dijajah zahir dan batin

aku bebas...
aku bebas...
Sebab by default aku anak Merdeka mestilah Bebas.!Cemerlang,!Gemilang,!Terbilang bukan malang.

~dax.kdk

4 ulasan:

nizam.nuri berkata...

ahhh... butterfingers kembali. pastinya lebih hebat dari selamat tinggal dunia. tidak sabar untuk mendengarnya.

spekmataputeh berkata...

ceh...ni saja la nih propaganda...kasik pre-heat before kuar album...panas bontot aku neh baca entri ko kadak...hahahah....takpa2...truskan usaha...aku tunggu je

ray rox berkata...

minta demo 1.. ala preview/promote la 1 lagu dlm amp.channelv.com ke.... bole x..

-all the best butterfingers-

Encik berkata...

blh kasi skodeng sikit apakah track list dlm K E M B A L I ?