hubungi Butterfingers? /contact Butterfingers?

  • contact@butterfingers.com.my, penerbitanbutterworld@yahoo.com

Jumaat, Februari 29, 2008

FAQs/SKD!!


FAQs: 

atau SKD(Soalan yg Kerap Ditanya?)


1)Bila album baru(KEMBALI) nak keluar?

Target kami nak release KEMBALI secara rasmi pada tanggal 6 hb. Julai 2008

(06.07.08)


2) Bila lagi nak Perform?Rindu la nak tengok korang perform!

terima kasih! kita orang pun rindu gile nak perform,rindu nak turun padang dan berjumpa korang smua, TAPI:

 buat masa skrang sebab Loque kat US, jadi kerana kekurangan Kaki dan Tangan kami tak boleh lagi perform buat masa skrang, Sebagai Sebuah Band(mungkin emmett akan perform sorang2 dlm radio)

 tapi kemungkinan besar kita akan ada persembahan dlm pertengahan bulan MAY(15-31 hb. May) dan kebarangkalian besar kami akan mengadakan Tour utk menyokong album KEMBALI pada bulan Ogos nanti.antara tempat2 yg akan kami adakan persembahan adalah(masih dlm perancangan):

Johor Bharu, Alor Setar, Kuching, Kota Kinabalu, Ipoh,Kuala Lumpur,tapi jgn gusar, ia masih dlm perancangan!!

jadi JANGANLAH  putus asa dgn Kami, kerana kami akan senantiasa berikan yg terbaik utk benda yg baik.cuma masa yg cemburukan kita smua.


3)apa perancangan Butterfingers sementara menunggu album KEMBALI dirasmikan/korang buat ape sekarang?

Skrang Kadax ,Emmett dan Loko sedang bertungkus lumus memastikan single pertama Butterfingers, 1000 Tahun, mendapat perhatian yg secukupnya. dan sewajarnye. mereka juga sedang menguruskan hal hal bukan Muzik yg bersangkut paut dgn Butterfingers dan juga Syarikat "Penjenamaan-Kembali" kami , Penerbitan Butterworld,.

 manakala LoQue sedang menguruskan apa yg boleh diurus dalam Internet dan menelefon ahli ahli butterfingers yg. lain busuk2 sminggu skali ,utk membincangkan hal ehwal yg tak dpt nak dibincangkan bersama di Internet.

 

Video 1000 Tahun Versi fairuz Sulaiman pula telah pun kami paparkan di YouTube dan kami amat berpuas hati dgn sambutan yg diterima.(trima kasih) dan harap anda berpuas hati juga utk tika dan saat ini.

walaubagaimanapun,Video kedua 1000tahun versi Berita Butter akan ke udara tak lama lagi!!! jadi nantikan kemunculannya di kaca TV anda, atau kaca komputer anda! 

Mixing(adunan) lagu2 utk album KEMBALI sedang berjalan dgn lancar, stakat ini kami baru berpuas hati dgn adunan 1000 Tahun dan Terus Terang. ada 8 lagu lagi dan sesetengahnya ada sampai 2,3 versi sedang diusahakan oleh Butterfingers dan Encik Greggore.


4) kat mana kitaorang nak beli lagu2 single ni smua?

a)Ok, pertama skali, kadax dan emmett sedang membuat kira2 utk mengeluarkan single dlm bentuk CD utk  2 single dahulu iaitu,1000 tahun dan Terus Terang. mengikut perancangan skrang CD itu akan dijual secara online dgn cara menghantar Email ke:

penerbitanbutterworld@yahoo.com

 dan harga utk satu CD(single) adalah seperti berikut:rm10 (rm7 CD+RM3 post express).

b) sementara itu, kami juga sedang mengusahakan supaya single2 Butters dpt dijual 

secara online di online portal seperti BlueHyppo(TM net) atau kemungkinan Besar di portal hiburan Gua.com(masih dlm perbincangan).


5) brapa singles yg korang nak kluarkan ni?

dlm perancangan, 4 single sebelum tarikh KEMBALI dirasmikan, dan selebihnya selepas album release. smua lagu kkitaorg nak jadikan single.

4 single yg akan dikluarkan sebelum 06/07/08 adalah:

1) 1000 tahun

2) terus terang

3) bebas atau maharani(bergantung pada keadaan,mungkin lepas satu, lagi satu?)

4) Merdeka



OK. utk 28/02/08 ini shj. FAQs yg kami sempat berikan. kami akan tambahkan lebih FAQs slps ini.cuma berikan kami sedikit masa.






--
rikhail win dZar

butterfingerstheband.blogspot.com
antiloque.blogspot.com

1000 Tahun & Terus Terang Singles

Guys, our 1000 Tahun and Terus Terang singles will be out end of March and we'll sell it online. The package price is rm10 (rm7 CD+RM3 post express) and we send direct to your house. Back to basic, send your order to penerbitanbutterworld@yahoo.com, bank in payment to our account and within 3-5 working days guaranteed delivery. Not now,, we'll announce the date release soon. Just wanna let you know in advance.

cheers!

~butterfingers~

Rabu, Februari 27, 2008

kadax,emmett,loque,loko

dan polis trafik bersatu

~dax~

Isnin, Februari 25, 2008

interview butterfingers

hello everyone:-

yes,,we need a write up for this new album and we can do it online.
if you wanna interview butterfingers for your newspaper, magazine, zine where you are working with or school assignment where you are studying in,, really appreciate that.
Please fill this informations of yours as follows

Organization:
Contact Person:
Postal address:
Zip Code / City:
Country / State:
Telephone:
Fax:
Mobile:
Email:
Website:
References:

send your question to:-

penerbitanbutterworld@yahoo.com

and we will answer it.

thanks!

~dax~

Selasa, Februari 19, 2008

rbt 1000 tahun available in digi and celcom

to all butterfingersters:

Our 1000 Tahun song in the fom of rbt is live and available in digi and celcom for now.There are 4 versions:- verse1,verse2,chorus and outro. Why not have 1 for that.


for digi user follow this link :
http://ct.digi.com.my/prbt/web/servletMallSearch.webdo?query=1000+tahun&service=&location=&x=0&y=0

1000 Tahun (Verse 2) Butterfingers 0041333 Malay 3.00 buy
1000 Tahun (Verse 1) Butterfingers 0041332 Malay 3.00 buy
1000 Tahun (Ending) Butterfingers 0041331 Malay 3.00 buy
1000 Tahun (Chorus) Butterfingers 0041330 Malay 3.00 buy

for celcom visit::-
http://www.channelx.com.my/
browse for butterfingers 1000 Tahun.

1 1000 Tahun/Kembali(Chorus) Butterfingers 45491
2 1000 Tahun/Kembali(Ending) Butterfingers 45492
3 1000 Tahun/Kembali(Verse1) Butterfingers 45493
4 1000 Tahun/Kembali(Verse2) Butterfingers 45494

for maxis:-
we are in the midst of cutting a rock n roll deal.will be ups for grabs very soon.

Thank you for your support.

~butterfingerswithlove~

Sabtu, Februari 16, 2008

terkurung dalam studio dan menyukainya_2.



diharap anda smua berpuas hati dgn. video yg baru dilancarkan di U tube tempoh hari.

kenapa video tu "tak sync"?

itu memang disengajakan, membawa maksud simbolik bahawa kita smua perlu bebas dari gergasi2 barat globalisasi yg terlampau berat sebelah seperti MTV dan sebagainya. bebas dari format tipikal MTV. 
hidup "open source"!!
--

kita smua perlu bebas,
rikhail win dZar

butterfingerstheband.blogspot.com
antiloque.blogspot.com

Jumaat, Februari 15, 2008

dipetik dari Gua.Com,


  by Izuan Shah

14 Feb 2008

Tahun 2008 semakin jelas merupakan tahun comeback bagi artis rock terkemuka negara. Pada awal tahun, XPDC telah mengisytiharkan penyatuan semula mereka dengan keluaran album koleksi terbaik 'Rock Union', dan sudah diketahui ura-ura terbaru bahawa kumpulan Candy juga sedang sibuk di dalam studio membikin album baru.

Sempena hari Valentine's ini, yang terkini pula adalah band genius kesayangan ramai: Butterfingers. Sebagai perintis 'alternatif' di zaman Nirvana dahulu, evolusi Butterfingers telahpun membawa mereka dari sebuah band berdarah muda mirip kumpulan gergasi Amerika era 90-an ke sebuah unit pemuzik matang, berwawasan dan bersemangat nasionalisme.

Tanggal tahun baru ini, Emmett, Loque, Kadak dan Loco bertungkus lumus bersatu mengusahakan album baru mereka berjudul 'Kembali', sempena kepulangan sementara Loque yang menuntut di institusi pendidikan seni muzik termasyhur dunia, Berklee College of Music di Boston, Amerika.

Menurut Loque, Butterfingers kini positif untuk melangkah ke masa depan muzikal yang lebih cerah.

"Segala kesilapan semasa era album 'Selamat Tinggal Dunia' dahulu tak akan diulangi lagi," kata gitaris utama dan pencipta lagu itu tentang kegagalan komersil album bahasa Malaysia pertama mereka pada tahun 2005.

Video muzik bagi lagu "1000 Tahun (Mahu Hidup)", yang pertama Butterfingers sejak keluaran klip "Cuai" dan "Nyilu (Hidup Makan Tidur Mati Muzik)" tiga tahun lepas, boleh ditonton di YouTube bermula hari ini.Single ini akan diikuti oleh keluaran single kedua, "Terus Terang", di bulan hadapan. Single ketiga "Merdeka" ataupun "Bebas", akan dikeluarkan selang satu atau dua bulan berikutan itu dan singlekeempat akan muncul pada 1 Jun sebelum rilisan album penuh 'Kembali'.

Menurut Emmett pula selaku vokalis utama, muzik Butterfingers kali ini jauh lebih mudah didengar berbanding muzik mereka yang lepas.

"Kami telah memudahkan Butterfingers," ujarnya ringkas. "Dari segi lagu – konsep keseluruhan 'Kembali' adalah 'lagu rakyat, daripada rakyat untuk rakyat'."

"Album baru (ini) adalah satu kesinambungan daripada apa yang kita dah buat selama ini," tambah Kadak (gitar bass) pula.

Tarikh keramat bagi pencinta Butterfingers pula adalah 6 Julai, apabila album 'Kembali' akan dikeluarkan kelak.

'Kembali', album studio keenam mereka menandakan tamatnya kontrak Butterfingers dengan syarikat rakaman EMI yang menampung dan mengedarkan karya mereka sejak album pertama '1.2 Mg' pada tahun 1996.

Rakaman bahasa ibunda yang kedua dari mereka ini dijual dengan harga hanya RM15, serumpun dengan status baru Butterfingers sebagai kumpulan 'indie'.

Bagi peminat setia kumpulan rock moden tanahair yang terkemuka ini, ikuti temuramah-temuramah bersama Butterfingers serta berita ekslusif dalam tempoh terdekat ini di gua.com.my!

*Untuk menonton video muzik bagi "1000 Tahun (Mahu Hidup)", cari 'butterfingerstheband' di youtube.com ataupun layari myspace.com/butterlatethannever.


dipetik dari Gua.com, oleh izuan shah

--
rikhail win dZar

butterfingerstheband.blogspot.com
antiloque.blogspot.com

Rabu, Februari 13, 2008

Pembetulan link

yg tadi tu link account aku daaa.. sorry tapi ini betulnye

www.channelx.com.my

Browse cari CMT,search band: Butterfingers atau Songtitle:1000 Tahun

standard procedure

~aku yg tersalah dax!~

Butterfingers/Kembali untuk fon bimbit anda.

Kepada Pengguna Celcom

Lagu kami dalam bentuk nada dering, nada tunggu sudahpun berada dlm channelX .

Buat sementara ini untuk CallMeTones codenye ialah:-.

1000 Tahun(Chorus) Butterfingers 45491
1000 Tahun(Ending) Butterfingers 45492
1000 Tahun(Verse1) Butterfingers 45493
1000 Tahun(Verse2) Butterfingers 45494

atau singgah sebentar:
http://www.channelx.com.my/cmt/homepage.htm?handler=songTitle

dan Belilah..

Untuk pengguna Maxis(Hotlink) dan DIGI. jgn risau kerana ia akan keluar dlm sedikit masa shj lagi. Kami sedang mengusahakannya.

Esok Jangan Lupa.Butterfingerstheband dlm youtube.

~dax~

Isnin, Februari 11, 2008

1000 Tahun dibelakang Tabir Lebar

Penyampai berita utama 'Tem Tem Larson'

Wartawan rikhail win dzar membuat liputan liga perdana dan penggunaan bahasa malaysia

Wartawan MF Bahar mengupas kehidupan 'wrems' dan lintas langsung Anugerah Kumpulan Malaysia Terbaik

Ramalan cuaca disampaikan oleh Nur

Salah sebuah kumpulan yg tercalon dlm AKM:-Kumpulan Syaitan :'RAKUS!!' ..."Kami Dahagakan Darah Wargghh!!


~dax~

Dibelakang Tabir 'Exclusive! bersama MF BAHAR'

Eksklusif bersama saya didalam kotaraya K.L,,dan malam ini kita akan menemubual kumpulan motor juga dikenali sebagai 'wrems'.

MFB:-Dah berapa lama lumba haram ?
wrems:-Dari kecik lagi bang semenjak main basikal umur 6 tahun.
MFB:-berapa kali menang?
wrems:-Tak pernah menang bang,,ini yang kami tgh lumba lagi nih..

YAEE!!

~dax~

Masa Untuk berjalan2...


Bila dah kering idea didalam studio,, kami keluar berjalan2 sambil makan buah..






loque sedang beli buah tapi sebenarnya emmet yg habiskan semua..
.
~dax~

1000 Tahun videoclip in youtube 14th Feb 08

hello fans,friends and lovers:-

Butterfingers/Kembali 1st single videoclip called 1000 Tahun will be out in youtube this 14th Feb 08. We have throw all the love to you and now...we just want your support. Valentine's Day,14th Feb other than romance,, what you can do is to visit,go and type butterfingerstheband.Its all there,,, you know what to do.,,
Thank You


~DAX~

Sabtu, Februari 02, 2008

terkurung dlm studio.

gambar2 oleh Tajul"rebung" Perpaduan.

--
rikhail win dZar

butterfingerstheband.blogspot.com
antiloque.blogspot.com

140208140208140208140208140208140208140208

14020814020814020814020814020814020814020814020814020814020814020814020814020814020814020

rajin rajin lah tengok YouTube pada tarikh yg tertera d atas*