by Izuan Shah |
14 Feb 2008 Tahun 2008 semakin jelas merupakan tahun comeback bagi artis rock terkemuka negara. Pada awal tahun, XPDC telah mengisytiharkan penyatuan semula mereka dengan keluaran album koleksi terbaik 'Rock Union', dan sudah diketahui ura-ura terbaru bahawa kumpulan Candy juga sedang sibuk di dalam studio membikin album baru. Sempena hari Valentine's ini, yang terkini pula adalah band genius kesayangan ramai: Butterfingers. Sebagai perintis 'alternatif' di zaman Nirvana dahulu, evolusi Butterfingers telahpun membawa mereka dari sebuah band berdarah muda mirip kumpulan gergasi Amerika era 90-an ke sebuah unit pemuzik matang, berwawasan dan bersemangat nasionalisme. Tanggal tahun baru ini, Emmett, Loque, Kadak dan Loco bertungkus lumus bersatu mengusahakan album baru mereka berjudul 'Kembali', sempena kepulangan sementara Loque yang menuntut di institusi pendidikan seni muzik termasyhur dunia, Berklee College of Music di Boston, Amerika. Menurut Loque, Butterfingers kini positif untuk melangkah ke masa depan muzikal yang lebih cerah. "Segala kesilapan semasa era album 'Selamat Tinggal Dunia' dahulu tak akan diulangi lagi," kata gitaris utama dan pencipta lagu itu tentang kegagalan komersil album bahasa Malaysia pertama mereka pada tahun 2005. Video muzik bagi lagu "1000 Tahun (Mahu Hidup)", yang pertama Butterfingers sejak keluaran klip "Cuai" dan "Nyilu (Hidup Makan Tidur Mati Muzik)" tiga tahun lepas, boleh ditonton di YouTube bermula hari ini.Single ini akan diikuti oleh keluaran single kedua, "Terus Terang", di bulan hadapan. Single ketiga "Merdeka" ataupun "Bebas", akan dikeluarkan selang satu atau dua bulan berikutan itu dan singlekeempat akan muncul pada 1 Jun sebelum rilisan album penuh 'Kembali'. Menurut Emmett pula selaku vokalis utama, muzik Butterfingers kali ini jauh lebih mudah didengar berbanding muzik mereka yang lepas. "Kami telah memudahkan Butterfingers," ujarnya ringkas. "Dari segi lagu – konsep keseluruhan 'Kembali' adalah 'lagu rakyat, daripada rakyat untuk rakyat'." "Album baru (ini) adalah satu kesinambungan daripada apa yang kita dah buat selama ini," tambah Kadak (gitar bass) pula. Tarikh keramat bagi pencinta Butterfingers pula adalah 6 Julai, apabila album 'Kembali' akan dikeluarkan kelak. 'Kembali', album studio keenam mereka menandakan tamatnya kontrak Butterfingers dengan syarikat rakaman EMI yang menampung dan mengedarkan karya mereka sejak album pertama '1.2 Mg' pada tahun 1996. Rakaman bahasa ibunda yang kedua dari mereka ini dijual dengan harga hanya RM15, serumpun dengan status baru Butterfingers sebagai kumpulan 'indie'. Bagi peminat setia kumpulan rock moden tanahair yang terkemuka ini, ikuti temuramah-temuramah bersama Butterfingers serta berita ekslusif dalam tempoh terdekat ini di gua.com.my! *Untuk menonton video muzik bagi "1000 Tahun (Mahu Hidup)", cari 'butterfingerstheband' di youtube.com ataupun layari myspace.com/butterlatethannever. dipetik dari Gua.com, oleh izuan shah |
rikhail win dZar
butterfingerstheband.blogspot.com
antiloque.blogspot.com
4 ulasan:
salam,
terlebih dahulu, ingin saya ucapkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli butterfingers kerana berjaya melancarkan video pertama untuk album KEMBALI.
Disini, saya, sebagai salah seorang peminat butterfingers, ingin memberi pandangan yang mana barangkali dapat memuaskan hati dan jiwa pengikut-pengikut butterfingers.
Kenapa tidak, jika buttergingers, menggunakan pelantar youtube untuk meletakkan beberapa buah video rasmi yang telah dibuat oleh anda selama ini. Sebagai contoh, video untuk lagu ngilu dan beberapa buah klip video rasmi lagi, dimuat-naikkan di youtube.
Seperkara lagi, saya amat berharap, jika butterfingers dapat memperbetulkan penggunaan bahasa melayu(dari sudut ejaan). Sebagai mana yang dikatakan anda dahulu, album "selamat tinggal dunia" dibuat dalam bahasa melayu adalah kerana ingin memertabatkan bahasa ibunda kita. Daripada apa yang telah saya lihat, penggunaan perkataan banyak disalah eja. Sebagai contoh, perkataan "cinta" dieja sebagai "chenta" (lagu drpd monoloque).
Bukan apa, saya tidak bermaksud, mahukan butterfingers menggunakan bahasa baku, tidak, tetapi biarlah bahasa itu tidak lari keseriannya.
Bercakap tentang bahasa, tahniah kepada Emmet kerana bahasa melayu beliau semakin baik. Baiklah, setakat ini sahaja cadangan dan komen saya demi kumpulan yang saya minati. Saya meminta maaf diatas kesilapan mahupun terlanjur kata-kata. Terima kasih.
terima kasih enche sho radhi kerana sudi memberi kritikan membina dan menyuarakan isu yg ketara di saat ini.
1)pertama skali tentang lagu "Chenta" dari monoloque,:liriknye ditulis bukan oleh saya, tapi oleh Enche Farid, di mana dia yg membiayai kos pembikinan lagu tersebut, saya buat yg lain2 la,dari mengarang melodi hingga ke menerbitkan.jadi pada saya tak salah, kita sbg bangsa yg maju harus mempunyai minda terbuka tentang perkara sebegini. pada saya tak merosakkan Bahasa Malaysia, kerana pada saya apa2 pun pun kena ada yg lama utk diPelihara dan yg baru utk diPulihara, atau sebaliknya, saya pun tak pasti.
tapi maksud saya ada dua aliran, satu yg klasik, dan satu yg moden, yg klasik kita pelihara,(preserve) akan kedaulatanya dan yg moden kita patut terus berexksperimen dgnnya. tapi itulah, mcm mana nak tau trend moden tu baik atau buruk, takde yg Baik atau buruk, mungkin ada yg tak stuju, tapi kerana ada harmoni situ terbentuk nye evolusi. jadi pendek kata, kita patuut biarkan dan kaji,kenapa? atau kita patut terus mengolah/berxperimen,membuat analisa/cara baru, kerana Yg lama tetap dipelihara sampai bila2.jadi dgn cara baru la masyarakat msia sendri suka menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa malaysia, tanpa sekatan, tanpa pemikiran ortodoks, tanpa prejudis dan tanpa kesan globalisasi.
2) saya ingin melihat bahasa MElayu ditukar ke bahasa Malaysia. kerana saya rasa dgn cara tu , baru org Malaysia tak malu ckp bahasa Malaysia.kerana ia utk smua rakyat Msia, bukan hanya pada kaum tertentu. jadi itu pada saya, saya rasa akan memartabatkan Bahasa Malaysia spt yg saya kata 3 tahun lepas.saya tetap dgn pendirian saya.
saya boleh bercerita dgn lebih lanjut tentang perkara ni, tapi saya ada kerja lain yg harus diselesaikan.
walaubagaimanapun terima kasih Sho Radhi kerana sudi menCatat Ulasan dgn isu ini, antara Isu kegemara saya.
ok.
Slaaaamat!
"Segala kesilapan semasa era album 'Selamat Tinggal Dunia' dahulu tak akan diulangi lagi," kata gitaris utama dan pencipta lagu itu
aduh.
saya tak pernah rasa pun yang album ni kesilapan.
malah antara yang terbaik!
seriously.
selalu sangat dengar. berjogging pun dengar.
fuh.
oh.
fasal lagu chenta pula.
i'm really not against naming it chenta. rasa macam gaya bahasa zaman dulu pun ada. rasalah. tapi kul apa.
heh.
cumanya, masa 1st time dengar tu, bait lagu ni terngiang-ngiang
"Bukak radio di pagi hari
Malam hari sama sahaja
Cinta sana, cinta sini
Aku gila geli
Cinta sana, cinta sini
Aku gila geli "
haha.
tapi bukan loque yang tulis lirik. but awesomely sedap lagu dia!
peh loque!
selamat 2009!
Catat Ulasan