hubungi Butterfingers? /contact Butterfingers?

  • contact@butterfingers.com.my, penerbitanbutterworld@yahoo.com

Jumaat, Februari 29, 2008

FAQs/SKD!!


FAQs: 

atau SKD(Soalan yg Kerap Ditanya?)


1)Bila album baru(KEMBALI) nak keluar?

Target kami nak release KEMBALI secara rasmi pada tanggal 6 hb. Julai 2008

(06.07.08)


2) Bila lagi nak Perform?Rindu la nak tengok korang perform!

terima kasih! kita orang pun rindu gile nak perform,rindu nak turun padang dan berjumpa korang smua, TAPI:

 buat masa skrang sebab Loque kat US, jadi kerana kekurangan Kaki dan Tangan kami tak boleh lagi perform buat masa skrang, Sebagai Sebuah Band(mungkin emmett akan perform sorang2 dlm radio)

 tapi kemungkinan besar kita akan ada persembahan dlm pertengahan bulan MAY(15-31 hb. May) dan kebarangkalian besar kami akan mengadakan Tour utk menyokong album KEMBALI pada bulan Ogos nanti.antara tempat2 yg akan kami adakan persembahan adalah(masih dlm perancangan):

Johor Bharu, Alor Setar, Kuching, Kota Kinabalu, Ipoh,Kuala Lumpur,tapi jgn gusar, ia masih dlm perancangan!!

jadi JANGANLAH  putus asa dgn Kami, kerana kami akan senantiasa berikan yg terbaik utk benda yg baik.cuma masa yg cemburukan kita smua.


3)apa perancangan Butterfingers sementara menunggu album KEMBALI dirasmikan/korang buat ape sekarang?

Skrang Kadax ,Emmett dan Loko sedang bertungkus lumus memastikan single pertama Butterfingers, 1000 Tahun, mendapat perhatian yg secukupnya. dan sewajarnye. mereka juga sedang menguruskan hal hal bukan Muzik yg bersangkut paut dgn Butterfingers dan juga Syarikat "Penjenamaan-Kembali" kami , Penerbitan Butterworld,.

 manakala LoQue sedang menguruskan apa yg boleh diurus dalam Internet dan menelefon ahli ahli butterfingers yg. lain busuk2 sminggu skali ,utk membincangkan hal ehwal yg tak dpt nak dibincangkan bersama di Internet.

 

Video 1000 Tahun Versi fairuz Sulaiman pula telah pun kami paparkan di YouTube dan kami amat berpuas hati dgn sambutan yg diterima.(trima kasih) dan harap anda berpuas hati juga utk tika dan saat ini.

walaubagaimanapun,Video kedua 1000tahun versi Berita Butter akan ke udara tak lama lagi!!! jadi nantikan kemunculannya di kaca TV anda, atau kaca komputer anda! 

Mixing(adunan) lagu2 utk album KEMBALI sedang berjalan dgn lancar, stakat ini kami baru berpuas hati dgn adunan 1000 Tahun dan Terus Terang. ada 8 lagu lagi dan sesetengahnya ada sampai 2,3 versi sedang diusahakan oleh Butterfingers dan Encik Greggore.


4) kat mana kitaorang nak beli lagu2 single ni smua?

a)Ok, pertama skali, kadax dan emmett sedang membuat kira2 utk mengeluarkan single dlm bentuk CD utk  2 single dahulu iaitu,1000 tahun dan Terus Terang. mengikut perancangan skrang CD itu akan dijual secara online dgn cara menghantar Email ke:

penerbitanbutterworld@yahoo.com

 dan harga utk satu CD(single) adalah seperti berikut:rm10 (rm7 CD+RM3 post express).

b) sementara itu, kami juga sedang mengusahakan supaya single2 Butters dpt dijual 

secara online di online portal seperti BlueHyppo(TM net) atau kemungkinan Besar di portal hiburan Gua.com(masih dlm perbincangan).


5) brapa singles yg korang nak kluarkan ni?

dlm perancangan, 4 single sebelum tarikh KEMBALI dirasmikan, dan selebihnya selepas album release. smua lagu kkitaorg nak jadikan single.

4 single yg akan dikluarkan sebelum 06/07/08 adalah:

1) 1000 tahun

2) terus terang

3) bebas atau maharani(bergantung pada keadaan,mungkin lepas satu, lagi satu?)

4) Merdeka



OK. utk 28/02/08 ini shj. FAQs yg kami sempat berikan. kami akan tambahkan lebih FAQs slps ini.cuma berikan kami sedikit masa.






--
rikhail win dZar

butterfingerstheband.blogspot.com
antiloque.blogspot.com

1 ulasan:

Shariful Fadzli berkata...

Assalamualaikum, tahniah kepada butterfingers. Berkaitan dengan pembelian album KEMBALI nanti, bagaimana pembeli luar drpd negara Malaysia mahu membelinya?Bagaimana dengan caj penghantaran?Ataupun, penjualan album KEMBALI ini hanya bertumpu didalam negara sahaja?

Sekian, persoalan yang terlintas dibenak fikiran saya. Terima kasih dan selamat maju jaya.